makluman terkini

Kepada,
Ibu bapa/ penjaga,
Sekolah Agama Taman Ungku Tun Aminah.

Tuan/ Puan,

MAKLUMAN SEKOLAH GANTI

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2.      Sehubungan dengan itu, sekolah ganti akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut :

         2.1 Tarikh Ganti    : 28hb Ogos 2010 ( Sabtu )
         2.2 Tarikh Cuti      : Cuti Hari Raya Aidil Fitri
         2.3  Jadual             : Hari Rabu

Semoga ada dalam makluman. Atas kerjasama dan  keperihatinan terlebih dahulu dirakamkan ribuan terima kasih.

Makluman Peperiksaan

JADUAL UJIAN SETARA OGOS
SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2010

Untuk makluman Ibu Bapa & Penjaga,
Ujian Setara Mac akan dijalankan pada 16 Ogos 2010 hingga 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian itu, diharap semua murid dapat membuat persediaan sebelum menghadapi ujian ini.

Semoga ada dalam makluman, sekian terima kasih.

Kursus Motivasi SDEA

8 Ogos 2010 ( Ahad ) - Tahniah diucapkan kepada semua yang menghadiri kursus motivasi ini dan sekalung penghargaan bagi yang menjayakan program ini.
Mudah-mudahan program ini dapat memberi kesedaran terhadap semua pelajar yang menduduki peperiksaan SDEA dan SDKA tahun ini.

MARI SEMBANG-SEMBANG